::COUNTDOWN::

Wednesday, April 1, 2009

HARDCORE & AMAL RIDE KERUMAH ANAK2 YATIM PENGKALAN HULU






Hujung minggu lepas (28/3~30/3) aku telah buat satu sejarah dalam hidup. Aku dan beberapa rakan telah RIDE ke RUMAH ANAK2 YATIM ABU NUR PENGKALAN HULU untuk memberi sedikit sumbangan yg telah dikumpul sepanjang perjalanan. Derma yg dapat disampaikan berjumlah RM480. Laluan ride ini adalah KL-KUANTAN-TERENGGANU-KOTA BAHARU-PENGKALAN HULU-KUALA KANGSAR-KUALA LUMPUR. 1286 km.

Ride kami ini mengambil masa 3hari dua malam. Kami memulakan perjalanan dari kuala lumpur ke kuantan. Berhenti lunch kat kuantan di rumah cikgu amir ( makan free) . Setelah lunch sambung semula perjalana ke terengganu. Sampai di terengganu pukul 9 00 malam. So kami bemalam di rumah saudara Zul salah seorang rakan kami.

Hari kedua perjalanan kami dari Terenganu ke Pengkalan Hulu. Perancangan awal akan bertolak pada pukul 900 pagi, tapi disebabkan oleh sausara Zul demam, kami bertolak pukul 1100 pagi. Kami berhenti lunch di Pantai Besut. Sungguh indah pemandangan di situ. Apabila tiba stesen minyak Jeli hujan mula turun. So kami terpaksa behenti untuk isi minyak dah pakai baju hujan. Pada masa tu jam dah pukul 600 petang. Aku telah rasa risau sbb kawasan yg akan di lalui berbukit bukan ditambah ngan hujan dan hari hampir gelap. Sepanjang perjalanan dari Jeli ke Tasik Banting kami jumpa 3 kemalangan yg besar. Hati telah mula rasa kecut sedikit. Aku hampir terbabas semasa menuruni bukit berhampiran Tasik banding. Kami berhenti Di Tasik banding untuk minum n sesi bergambar. Kami tiba di Pengkalan Hulu kira2 pukul 9 malam.

Hari Ketiga kami bagun pukul 7 pagi. Setelah sarapan dan check moto, kami pun terus kerumah ANAK2 YATIM ABU NUR PENGKALAN HULU untuk bg sumbangan. Setelah selesai urusan di rumah anak2 yatim, kami amik kesempatan melawat sempadan malaysia thailand. Kami bertolak balik dari Pengkalan Hulu ke Kuala Lumpur pada pukul 11pagi. Aku sampai di rumah aku kita2 pukul 5ptg.

Ini lah RIDE dalam hidup aku paling best disamping dapat Zoom malaysia n beramal.
Sekarang terbukti yg tenaga aku n moto aku masih kuat. Bak kata org klu kita rasa muda, kita akan sentiasa muda dan segar. Tq untuk motor aku sbb x buat masalah sepanjang kita Ride. hahahhahahhahah

5 comments:

Unknown said...

nice journey.......ape pun JOY RIDE

Sue said...

wow....lawa motor...

kort (moHD AbdussYakur) said...

salam.. untuk kongsi minat yang sama...http://smilewithkort.blogspot.com/

Rider said...
This comment has been removed by the author.
Optimax said...

Ride your motorbike to Optimax, Taman Tun on 14 July 2012 to get a free eye screening and eye drop as we launch our Healthy Eyes on the Road Campaign with biker groups like Harley Davidson, Ducati and many more. There will be exciting display of superbikes, preliminary eye screenings, eye consultations and mini challenges from 10:00am to 5.00pm. See you there!

* Terms and Conditions Apply