Hujung minggu lepas (28/3~30/3) aku telah buat satu sejarah dalam hidup. Aku dan beberapa rakan telah RIDE ke RUMAH ANAK2 YATIM ABU NUR PENGKALAN HULU untuk memberi sedikit sumbangan yg telah dikumpul sepanjang perjalanan. Derma yg dapat disampaikan berjumlah RM480. Laluan ride ini adalah KL-KUANTAN-TERENGGANU-KOTA BAHARU-PENGKALAN HULU-KUALA KANGSAR-KUALA LUMPUR. 1286 km.
Ride kami ini mengambil masa 3hari dua malam. Kami memulakan perjalanan dari kuala lumpur ke kuantan. Berhenti lunch kat kuantan di rumah cikgu amir ( makan free) . Setelah lunch sambung semula perjalana ke terengganu. Sampai di terengganu pukul 9 00 malam. So kami bemalam di rumah saudara Zul salah seorang rakan kami.
Hari kedua perjalanan kami dari Terenganu ke Pengkalan Hulu. Perancangan awal akan bertolak pada pukul 900 pagi, tapi disebabkan oleh sausara Zul demam, kami bertolak pukul 1100 pagi. Kami berhenti lunch di Pantai Besut. Sungguh indah pemandangan di situ. Apabila tiba stesen minyak Jeli hujan mula turun. So kami terpaksa behenti untuk isi minyak dah pakai baju hujan. Pada masa tu jam dah pukul 600 petang. Aku telah rasa risau sbb kawasan yg akan di lalui berbukit bukan ditambah ngan hujan dan hari hampir gelap. Sepanjang perjalanan dari Jeli ke Tasik Banting kami jumpa 3 kemalangan yg besar. Hati telah mula rasa kecut sedikit. Aku hampir terbabas semasa menuruni bukit berhampiran Tasik banding. Kami berhenti Di Tasik banding untuk minum n sesi bergambar. Kami tiba di Pengkalan Hulu kira2 pukul 9 malam.
Hari Ketiga kami bagun pukul 7 pagi. Setelah sarapan dan check moto, kami pun terus kerumah ANAK2 YATIM ABU NUR PENGKALAN HULU untuk bg sumbangan. Setelah selesai urusan di rumah anak2 yatim, kami amik kesempatan melawat sempadan malaysia thailand. Kami bertolak balik dari Pengkalan Hulu ke Kuala Lumpur pada pukul 11pagi. Aku sampai di rumah aku kita2 pukul 5ptg.
Ini lah RIDE dalam hidup aku paling best disamping dapat Zoom malaysia n beramal.
Sekarang terbukti yg tenaga aku n moto aku masih kuat. Bak kata org klu kita rasa muda, kita akan sentiasa muda dan segar. Tq untuk motor aku sbb x buat masalah sepanjang kita Ride. hahahhahahhahah
Wednesday, April 1, 2009
HARDCORE & AMAL RIDE KERUMAH ANAK2 YATIM PENGKALAN HULU
Posted by ariansem at 4:59 AM 5 comments
Tuesday, November 25, 2008
Thursday, November 20, 2008
Tuesday, November 18, 2008
Saturday, November 15, 2008
MY DAY AT KOREAN BROOCH SHOP
INILAH DIA KEDAI YG JUAL BROOCH KAT KOREA. YG ORANG MALAYSIA DOK SIBUK2 CERITAKAN. TADI MASA AKU PERGI SANA, AKU JUMPA BEBERAPA ORG PENIAGA DARI MALAYSIA SEDANG SIBUK BORONG BROOCH DISITU. SO PEMBACA BLOG TGK LAH BETAPA BESARNYA KEDAI BROOCH NI
Posted by ariansem at 2:09 AM 0 comments
Saturday, November 1, 2008
SEHARI BERSAMA STAFF DCT KOREA Ltd.
INI LAH GAMBAR AKU SEHARI BERSAMA STAF DCT KOREA Ltd.
GAMBAR NO1 - GAMBAR BERSAMA STAFF DCT
GAMBAR NO2 - DARI KIRI - GM DCT, ENGINER DCT, AKU, BOS DCT MALAYSIA N BOS DCT KOREA.
GAMBAR NO3 - DARI KIRI- BOS DCT MALAYSIA, AKU N BOS DCT KOREA.
Posted by ariansem at 7:50 PM 1 comments
Friday, October 24, 2008
SEJUK TERLAMPAU BERMULA DAN HATI PILU
HARI NI DAN SEMALAM SUHU DI KOREA SEKITAR 6darjah. AKU TAK TAHAN DENGAN TAHAP KESEJUKAN SEKARANG. AKU DIFAHAMKAN SUHU AKAN TURUN SEHINGGA -15darjah. TAHAP KESEJUKAN SEKARANG PUN DAH AKU X TAHAN, MCM MANA NAK HADAPI KESEJUKAN HARI2 YANG MENDATANG!!!!!. UNTUK MEMANASKAN BADAN, TERPAKSA LAH AKU MEMAKAI BAJU SEJUK YG BELI BERSAMA2 INSANG TERSAYANG DI UPTOWN SHAH ALAM SEMASA AKU BALIK BERCUTI TEMPOHARI.
PAGI TADI SEMASA AKU MEMBUKA ALMARI UNTUK MENGAMBIL BAJU SEJUK INI, HATIKU SEDIH SGT2 KERANA INSAN YG AKU AMAT SAYANGI ITU AKAN PERGI MENINGGALKAN AKU. DEMI KEBAHAGIAAN NYA, AKU RELA HADAPINYA. MGK SALAH AKU JUGA TERPAKSA BERJAUHAN TERLALU LAMA DGN NYA YANG MENYEBABKAN ADA RUANG ANTARA KAMI. TAPI DEMI TUGAS DAN MASA DEPAN AKU, AKU KENA MEMILIH SATU ANTARA DUA...
NI ADALAH PENGALAMAN KEDUA AKU HADAPI DITINGGALKAN SESEORANG SETIAP KALI BERADA DI LUAR NEGERI. AKU HARUS TABAH HADAPI SEMUA INI DENGAN TENANG .........
Posted by ariansem at 4:34 PM 7 comments