Assalamualaikum kepada semua. Rasanya dah lama saya x post cerita dalam blog ni. Almaklum lah seronok sgt dapat balik raya kat Malaysia.
Hari ni saya nak ceritakan tentang peralihan musim panas kepada musim sejuk diKorea.
Peralihan musim ini dinamakan musim LURUH. Sekarang telah bermula musum luruh. Daun pada pokok telah mula kekuningan. Kemuncak musim luruh nanti semua daun2 pada pokok akan gugur kebumi. Pada masa itu bermula pula musim sejuk.Pokok2 yang tiada daun tadi akan diselaputi dengan salji. Suhu pada masa sekarang antara 8 darjah hingga 21 darjah. Suhu akan naik dan turun tanpa dijangka. Oleh itu kesemua org korea akan datang berkerja dengan membawa jaket. Pada masa ni juga kesihatan agak tergugat, kemungkinan untuk mengalami demam amat tinggi. Disebabkan semua tanaman akan memgalami keguguran daun dan kematian, sistem tanaman sepeti padi dan sayuran(gambar no 3 dan no 5) perlu mengikut jadual yg betul. Hasil tanaman perlu dituai sebelum kemuncak musim luruh. Oleh itu orang korea tidak akan membersihkan semak samun yg menyeliputi pagar2 rumah mereka. Kerana semak samun itu akan mati dengan sendirinya. Setelah dikaji dan mengalami sendiri perubahan musim dinegara orang, aku rasa berbangga dilahirkan diMalaysia kerana kita tidak perlu risau tentang t keadaan iklim. I LOVE MALAYSIA......................
Friday, October 17, 2008
PERALIHAN MUSIM PANAS KEPADA MUSIM SEJUK
Posted by ariansem at 7:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment