Hari ini hari ke27 aku berpuasa diKorea. Dan hari ini juga hari terakhir aku berbuka disini. Besok dapat lah aku berbuka DiMalaysia besama2 dengan insan tersayang... Dia telah berjanji akan masak untuk aku. Dah lama aku x dapat merasai masakannya. Dan jika tiada masalah dalam perjalanan dari KLIA ke ........ Sempat la aku pergi ke Pasar Ramadan bersama2 nya. Aku nak cari makanan kegemaran aku, Tepung pelita. Dan selepas berbuka aku nak bawanya pergi shoping baju raya (shoping last minit). Sebenarnya sebelum aku datang kesini, aku dah sediakan baju raya untuknya, tp disebabkan dia lambat hantar upah, maka baju raya nya masih jadi kain. Terpaksa la aku membeli baju yg dah siap supaya Dia akan beraya dengan baju baru..... Dah terlalu sayang terpaksa la aku buat yg tbaik untuknya.
Setelah aku menghitung bulan dan hari untuk pulang ke Malaysia. So hari ini aku hanya menghitung jam sahaja. Malam ni dapat aku rasakan mata ku tidak akan terlelap walaupun seketika kerana hati terlalu riang untuk jumpa Dia yang Tersayang. Aku akan tidur dalam flight dengan nyenyaknya. Perjalan aku akan mengambil masa selama 6jam. Saat yang paling membosankan.
Untuk menghabiskan masa aku hari ni, aku datang juga kepejabat tp cuma untuk layari internet sahaja. Aku terlalu bosan berada didalam bilik. Bila aku berada didalam bilik, aku rasa masa bergerak terlalu perlahan sahaja. Rasa macam nak je aku pusingkan jam didinding. Tp x ada guna nya sebab masa bergerak mengikut putaran bumi. Aku x mampu untuk pusingkan bumi.
Telah banyak negara ku lawati sebelum2 ini. Kegairahan untuk pulang tidak terasa sangat.Tetapi kali ini aku rasa terlalu melonjak untuk pulang kemalaysia... Mungkin aku telah menemui seseorang yg amat aku sayangi... Aku harap ianya akan sentiasa berada disisiku disaat aku memerlukannya.......
FLIGHT ITINERARY:
DEPARTURE CITY: INCHEON AIRPORT SEOUL KOREA
ARRIVAL CITY : KUALA LUMPUR AIRPORT MALAYSIA
DEPARTURE TIME: 11:00 AM (28/9/08)
ARRIVAL TIME : 16:35 PM (28/9/08)
FLIGHT NO : KE5671 (KOREA AIR)
Friday, September 26, 2008
ENGINEER KOREA TAK SABAR NAK BALIK RAYA
Posted by ariansem at 6:17 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment