::COUNTDOWN::

Friday, September 19, 2008

RINDU PADA IBU TERAMAT SANGAT........

Petang tadi lebih kurang pukul 4ptg waktu Korea(3ptg Malaysia) aku layang lagu raya. Tajuk lagu Pulanglah nyanyian Azlina Aziz. Belum sempat habis satu lagu.. dada aku mula rasa sedak. Ingatan ku terus pada mami ku di kampung. Aku terasa rindu sgt2 pada nya. Aku menahan air mata yg hampir membasahi pipi ku. Aku malu pada kawan Korea ku. Nanti dia akan ketawakan aku... kecoh satu opis.
Nak aku kol mami pada masa tu gak rasanya x sesuai sbb aku rasa mami mgk sibuk dgn urusan hariannya.

Selepas saja aku berbuka lebih kurang pukul 6.30ptg waktu Korea, aku pun kol mami . Apabila mami angkat kol aku, perasaan sebak yg ada didada td terus keluar. Aku terus menangis mcm anak kecil sambil aku memberitahu mami yg aku terlalu rindu pada nya..Aku memohon ampun pada mami sekiranya aku ada melakukan kesilapan. Rasanya dosa aku terhadap mani terlalu banyak.Mami pun terut menangis bersama.

Ini lah dalam sejarah hidup aku selama 38 tahun, aku menangis kerana kerinduan terhadap seorang IBU.
Mgk ini adalah dugaan Tuhan pada aku. Seblum ini semasa aku berada di Malaysia, aku jarang kol mami. Kalau kol pun mgk 6 bulan sekali. Kadang2 tu sampai mami terpasa kol aku sendiri disebabkan kerinduannya terhadap aku.
Jadi bila aku berada berjauhan begini, baru la aku sedar kesilapan aku sebelum ini.
Mami.... mulai hari ini Azman berjanji (nama timbangan mami pada aku) akan selalu menghubungi mami dan akan balik kekampung selalu.....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK MAMI TERSAYANG...........
anakmu Azman..

4 comments:

izzti.izztiha said...

huhhuuu..sedey..izzti pun da lama xcall mumy.mlm td dpt call 'mok'(nenek)jek.mumy da tdo..

ariansem said...

peristiwa dalam sejarah...
sedih sgt2

izzti.izztiha said...

peristiwa dlm sejarah,,biarla dikekalkan biar ia jd sejarah..moga2 diberkati Dia

Sebuah Perjalanan..... said...

sedihnye...
anak yang merantau mencari rezeki utk kehidupan yg lebih baik...mungkin blh hanatar mami dimengerjakan ibadah hj...jgn sedih sgt..ingat lah Allah sentiasa bersama hambaNya...semoga diberkati selalu...dar jauh pasti mami mendoakan yg terbaik utk anaknya...