Hari ini hari ke27 aku berpuasa diKorea. Dan hari ini juga hari terakhir aku berbuka disini. Besok dapat lah aku berbuka DiMalaysia besama2 dengan insan tersayang... Dia telah berjanji akan masak untuk aku. Dah lama aku x dapat merasai masakannya. Dan jika tiada masalah dalam perjalanan dari KLIA ke ........ Sempat la aku pergi ke Pasar Ramadan bersama2 nya. Aku nak cari makanan kegemaran aku, Tepung pelita. Dan selepas berbuka aku nak bawanya pergi shoping baju raya (shoping last minit). Sebenarnya sebelum aku datang kesini, aku dah sediakan baju raya untuknya, tp disebabkan dia lambat hantar upah, maka baju raya nya masih jadi kain. Terpaksa la aku membeli baju yg dah siap supaya Dia akan beraya dengan baju baru..... Dah terlalu sayang terpaksa la aku buat yg tbaik untuknya.
Setelah aku menghitung bulan dan hari untuk pulang ke Malaysia. So hari ini aku hanya menghitung jam sahaja. Malam ni dapat aku rasakan mata ku tidak akan terlelap walaupun seketika kerana hati terlalu riang untuk jumpa Dia yang Tersayang. Aku akan tidur dalam flight dengan nyenyaknya. Perjalan aku akan mengambil masa selama 6jam. Saat yang paling membosankan.
Untuk menghabiskan masa aku hari ni, aku datang juga kepejabat tp cuma untuk layari internet sahaja. Aku terlalu bosan berada didalam bilik. Bila aku berada didalam bilik, aku rasa masa bergerak terlalu perlahan sahaja. Rasa macam nak je aku pusingkan jam didinding. Tp x ada guna nya sebab masa bergerak mengikut putaran bumi. Aku x mampu untuk pusingkan bumi.
Telah banyak negara ku lawati sebelum2 ini. Kegairahan untuk pulang tidak terasa sangat.Tetapi kali ini aku rasa terlalu melonjak untuk pulang kemalaysia... Mungkin aku telah menemui seseorang yg amat aku sayangi... Aku harap ianya akan sentiasa berada disisiku disaat aku memerlukannya.......
FLIGHT ITINERARY:
DEPARTURE CITY: INCHEON AIRPORT SEOUL KOREA
ARRIVAL CITY : KUALA LUMPUR AIRPORT MALAYSIA
DEPARTURE TIME: 11:00 AM (28/9/08)
ARRIVAL TIME : 16:35 PM (28/9/08)
FLIGHT NO : KE5671 (KOREA AIR)
Friday, September 26, 2008
ENGINEER KOREA TAK SABAR NAK BALIK RAYA
Posted by ariansem at 6:17 PM 0 comments
Wednesday, September 24, 2008
HARAPAN YG DINANTI TELAH PASTI.....
Mami!!!!! tunggu Azman dipagi syawal nanti.......
Posted by ariansem at 5:35 AM 7 comments
Tuesday, September 23, 2008
HANYA KAD PENGANTI DIRIKU
salam rakan-rakan blogger. hatiku menyanyi riang walaupun jawapan yg bakal kuterima belum pasti..huhu..OH TUHAN....berkatilah daku dan berilah daku kelapangan utk beraya bersama insan-insan yg amat kucintai dan sayangi...
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
DUhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah
doakanlah agar aku dapat pulang beraya..MAMI.....rindu... sebagai pengganti diri, terimalah kad raya yg direka+copycat ckit-ckit from ARIFINSHAH. jgn lupa post kat blog korang k...muah...syg u all
izztiha
Posted by ariansem at 10:41 AM 6 comments
MENANTI HARAPAN YG TAK PASTI
Apabila dia mengambil tiket aku, dia terus menghubungi bos. Dalam perbualannya yg berbahasa Korea itu, aku dapat memahani beberapa perkataan . Perkatan yg aku faham "dia diarahkan membuat tempahan pada tarikh 28/9 nanti". Aku terkejut, apa kah benar apa yg aku dengar. Apabila dia selesai berbicara dengan bos aku, aku pun terus tanya soalan padanya. Dia hanya menjawap, segalanya akan diberitahu kemudian. Lantas dia meninggalkan aku dalam keadaan tandatanya.
Sehingga petang aku bekerja dalam keadaan tidak menentu. Asyik memikirkan tentang tarikh E tiket aku. Aku berharap dan berdoa agar aku dapat menyambut Syawal di Malaysia.....
Adakah aku menanti harapan yang tak pasti?????????
Posted by ariansem at 1:23 AM 4 comments
Monday, September 22, 2008
KAD RAYA DARI CEMPAKA
I TEKEJUT TGK POSMAN KOREA DATANG BILIK HANTAR KAD....
ADA GAK ORG INGAT KAT I NI......
Posted by ariansem at 9:20 AM 0 comments
Sunday, September 21, 2008
MY SUPERBIKE CLUB
Hari ni saya nak ceritakan sedikit tentang kelab superbike saya. Nama kelab superbike saya ialah THE BLADERS.Kelab ini ditubuhkan hujung tahun 2006. Kami dibawah naungan SuperbikeMalaysia (www.superbikemalaysia.com). Jika hendak lihat lebih detail tentang kelab superbike saya. Klick www.superbikemalaysia dan cari THE BLADERS. Kat situ segala aktiviti dan gambar ada disertakan.
THE BLADERS kelab adalah antara yg kelab yang teraktif dimalaysia. Kami mempunyai ahli diseluruh negara. Keahlian THE BLADERS terbuka kepada semua superbike. Keutamaan diberikan kepada superbike keluaran NAZA. Tujuan utama penubuhan kelab ini untuk memudahkan penunggang2 superbike keluaran Naza berbibcang dan membantu sekiranya berlaku masalah pada superbike.
Tiap-tiap tahun THE BLADERS akan membuat Anual Ride sambil beramal.Kami sentiasa mendapat kejasama dengan pihak NAZA dan agensi-agensi. Untuk Anual Ride 2008 yg lepas, THE BLADERS berkejasama dengan IJN dan NAZA.
Antara ride yg pernah dilakukan:
1. Anual Ride 2007
2.Anual Ride 2008
3. Ride Singapore
4. Ride Thailand
5. Ride Udang Galah Rompin Pahang.
6. Ride Frazer Hill.
7. Ride Terangganu
8. Ride Genting Highland
9. Ride Cameron Highland
10. Ride Sungai Klah Sungkai
Dan banyak lagi ride sekitar Lembah Klang.
Disini saya seratan sedikit gambar untuk tatapan pelawat blog saya.
Untuk lebih information lawati : www.superbikemalaysia.com
Posted by ariansem at 5:02 AM 0 comments
Friday, September 19, 2008
WAJAH TERBARU...
Inilah terbaru aku setelah berada 50 hari kat Korea. Berat badan dari 78kg dah tinggal 68 kg.
Size seluar dari 33 dah tinggal 30.
Wow!!! satu perubahan yg menarik setelah tidak makan makanan yg berlemak n berminyak.
Kat belakang aku tu adalah Robot 2nd projet aku. Berjumlah 20 unit untuk dibuat program n dihantar ke Rusia...
Posted by ariansem at 6:34 PM 3 comments
RINDU PADA IBU TERAMAT SANGAT........
Petang tadi lebih kurang pukul 4ptg waktu Korea(3ptg Malaysia) aku layang lagu raya. Tajuk lagu Pulanglah nyanyian Azlina Aziz. Belum sempat habis satu lagu.. dada aku mula rasa sedak. Ingatan ku terus pada mami ku di kampung. Aku terasa rindu sgt2 pada nya. Aku menahan air mata yg hampir membasahi pipi ku. Aku malu pada kawan Korea ku. Nanti dia akan ketawakan aku... kecoh satu opis.
Nak aku kol mami pada masa tu gak rasanya x sesuai sbb aku rasa mami mgk sibuk dgn urusan hariannya.
Selepas saja aku berbuka lebih kurang pukul 6.30ptg waktu Korea, aku pun kol mami . Apabila mami angkat kol aku, perasaan sebak yg ada didada td terus keluar. Aku terus menangis mcm anak kecil sambil aku memberitahu mami yg aku terlalu rindu pada nya..Aku memohon ampun pada mami sekiranya aku ada melakukan kesilapan. Rasanya dosa aku terhadap mani terlalu banyak.Mami pun terut menangis bersama.
Ini lah dalam sejarah hidup aku selama 38 tahun, aku menangis kerana kerinduan terhadap seorang IBU.
Mgk ini adalah dugaan Tuhan pada aku. Seblum ini semasa aku berada di Malaysia, aku jarang kol mami. Kalau kol pun mgk 6 bulan sekali. Kadang2 tu sampai mami terpasa kol aku sendiri disebabkan kerinduannya terhadap aku.
Jadi bila aku berada berjauhan begini, baru la aku sedar kesilapan aku sebelum ini.
Mami.... mulai hari ini Azman berjanji (nama timbangan mami pada aku) akan selalu menghubungi mami dan akan balik kekampung selalu.....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK MAMI TERSAYANG...........
anakmu Azman..
Posted by ariansem at 5:50 AM 4 comments
Thursday, September 18, 2008
MELAYU BOLEH.... AKU BOLEH.....
Hari ni hari ke 48 aku berada di korea. Tinggal lg 32hari lagi untuk aku siapkan tugas aku di sini dan pulang ke Malaysia... Wah!! x sabar aku nak lihat wajah org tersayang..
Alhamdullilah, tugas yg diamanah kan pada ku,telah ku laksanakan 70% siap. Cuma aku perlu siapkan manual training dan perkemaskan lagi sistem program aku sebelum engineer2 Proton datang selepas raya nanti. Masa tu aku perlu memastikan semua Sistem Robot dapat berjalan dengan lancar. Aku telah dapat membuktikan kepada org Korea yang org Melayu juga boleh membuat Program untuk Sistem Robot tanpa bantuan mereka. Cuma sebelum ini aku tidak diberi peluang semasa aku bekerja dengan syarikat tempatan. Selepas siap sistem ini, banyak lagi system robot yg perlu aku lakukan disini. Tapi apa2 pun aku harap aku akan pulang dahulu keMalaysia kerana aku rindu terhadap org tersayang terlalu mendalam............
Posted by ariansem at 4:39 AM 4 comments
Wednesday, September 17, 2008
REZEKI SENTIASA ADA..
Apa bila berada di luar negara, saat yg paling gembira adalah terima bungkusan. Kali ni tiba giliran ahli keluarga kawan ku menghantar makanan untuk kami disini. Nasib baik la bungkusan cepat sampai. Kalau tidak kami berbuka dan sahur makan nasi dengan KIMCI saja. Sbb makanan yg dihantar oleh org tersayang dua minggu lepas dah habis....Demi tanggungjawap terhadap Allah, aku berpuasa gak walaupun berbuka dengan air sejuk.......
Posted by ariansem at 5:21 AM 5 comments
Monday, September 15, 2008
RIDE UTARA AKAN BERULANG..
SEMALAM AKU BIBERITAHU OLEH KAWAN2 KU YANG MEREKA NAK ADAKAN RIDE UTARA SEKALI LAGI. MEREKA AKAN TUNGGU SAAT KEPULANGAN AKU UNTUK MENETAPKAN TARIKH NYA. AKU RASA X SABAR NAK BALIK KE MALAYSIA SBB DAH LAMA X RIDE.BANYAK KENANGAN YG X DAPAT DILUPAKAN SEMASA RIDE PERTAMA. AKU HARAP IANYA AKAN BERULANG LAGI.....
Posted by ariansem at 3:59 AM 2 comments